You are here:   Maklumat Setempat > Balai Bomba
  |  Login

Balai Bomba

   Minimize

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Guar Chempedak

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Guar Chempedak didirikan diatas lot. 3361 dengan keluasan tanah 3 ekar yang terletak di pekan Guar Chempedak,KM 32,Jalan utama Alor Star ke Sungai Petani. Ia telah dibina pada tahun 1968 dan siap sepenuhnya pada tahun 1970. Bangunan Balai ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada hari Isnin 16 Ogos  1971

Bangunan Balai ini diketegorikan dalam kelas C, mempunyai satu bay.Di lengkapi dengan satu keluaran jentera Nissan Water Tender 3 600 liter pada permulaannya dan kini telah di tambah sebuah lagi bay pada awal tahun 2007 dan dilengkapi dengan sebuah jentera baru jenis Mercedes Atego, BKA 8806 pada 30.10.2008  dan jentera Nissan sebagai back up untuk kegunaan semasa jika ada kerosakan dari balai-balai didalam JBPM negeri Kedah. Disamping itu dilengkapi dengan dua buah van, Isuzu (WEC 3941) dan Perodua Rusa(WGR 4075) serta sebuah Kembara (WJX 3454).

 

Sebuah Bot Penyelamat telah di terima pada tahun 2006 untuk bersedia bagi kerja-kerja menyelamat semasa banjir dan mencari mangsa lemas.